Tuesday, May 16, 2006

Pengunaan Penanda Maya di Internet - www.savethis.com

Pengunaan Penanda Maya di Internet - www.savethis.com

Internet adalah seperti lautan maklumat yang tiada penghujungnya, apabila seseorang melayari Internet mereka perlu tahu kemanakah mereka ingin tujui. Jika tidak mereka mungkin akan karam dilautan maklumat.

Apabila mereka telah menjumpai maklumat yang dirasakan penting dan perlu ditandakan untuk rujukan akan datang satu kemudahan penandaan yang dipanggil bookmark atau favourite boleh juga digunakaan. Penandaan di Internet adalah sama seperti penanda buku yang digunakan untuk menanda mukasurat terkakhir yang telah kita baca.

Namun setakat ini hasil penandaan hanya akan disimpan didalam komputer yang kita gunakaan sahaja. Ini bermaksud apabila kita pergi kekomputer yang lain, kita tidak boleh mengakses maklumat penandaan yang telah kita lakukan.

Seperti email gmail yang telah kita bincangkan didalam segmen yang lalu dimana dengan kemudahan gmail, kita boleh mengakses semua email yang diterima dimana sahaja, dengan kemudahan penandaan maya alamat penandaan telah boleh diakses dimana sahaja kita berada.

Alamat laman web penandaan maya ini adalah di www.savethis.com. Setelah kita melakukan proses pendaftaran. Kita akan dipaparkan dengan laman web penyimpanan maklumat bookmark yang baru kita perolehi. Setakat ini memang tiada maklumat yang dipaparkan disana kerana ini adalah kali pertama kita menggunakan kemudahan penandaan ini.

Untuk memulakan penandaan maya ini kita perlu menyimpankan capaian butang SAVE THIS yang terdapat disebelah bawah laman web tersebut sebagai favourite.

  1. Klik diatas butang ini

    .
  2. Simpan butang ini sebagai Bookmark atau Favourite

    1. Caranya, klik diatas butang ini dengan menggunakan butang tetikus sebelah kanan, dan pilih arahan tambahkan ke Bookmark atau Favourite.
    2. Untuk memudahkan kita mengakses, kita boleh juga memindahkan butang ini dengan mengheretnya ke bahagian Toolbar di browser kita.
  1. Setelah kita melakukan proses ini, setiap kali kita melayari laman web yang kita ingin simpan maklumatnya kita hanya perlu pilih capaian yang telah kita simpan tadi atau menekan Butang

    yang telah kita simpan di toolbar tadi. Apa yang akan berlaku apabila kita pilih capaian SAVE THIS tadi satu tetingkap akan dipaparkan dan maklumat alamat laman web yang sedang kita access itu akan disimpan didalam laman web www.savethis.com.

Oleh kerana maklumat laman web ini boleh diakses di Internet maka dengan kemudahan penandaan maya ini, semua alamt laman web akan sentiasa boleh kita perolehi dimana sahaj kita berada.




Make a comment

mi2mh @ Tuesday, May 16, 2006 01:08 am

_____________

Don't buy Vista Security